Dokumen, Jenis Fi & Caj Penting Untuk Pembiayaan Rumah

Dokumen, Jenis Fi & Caj Penting Untuk Pembiayaan Rumah
Dokumen, Jenis Fi & Caj Penting Untuk Pembiayaan Rumah

Membeli rumah dengan cara bijak memerlukan banyak perancangan dan kaji selidik. Mengetahui langkah asas atau selok belok membeli rumah boleh dapat membantu menjimatkan masa, tenaga dan juga wang.

Sebagai contoh, komitmen bulanan seperti ansuran rumah dan kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

Secara purata, kos bagi membeli rumah memerlukan antara 10%-20% daripada harga sebagai bayaran deposit, manakala 3%-5% lagi adalah sebagai kos sampingan, seperti bayaran guaman Perjanjian Pembiayaan & Jual Beli, duti setem dan lain-lain fi (jika ada).

Setiap bank mempunyai kriteria, prosedur, syarat atau kadar yang berbeza dalam menentukan kemampuan membayar balik pembiayaan perumahan. Di bawah ini senarai dokumen penting yang WAJIB pembeli menyediakannya bagi membuat permohonan pembiayaan perumahan. Antaranya;

• Salinan kad pengenalan atau pasport
• Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
• Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
• Dokumen perjanjian jual beli / resit pembayaran deposit atau tempahan / surat tawaran daripada pemaju
• Sesalinan surat hakmilik tanah (jika ada)
• Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap
• Laporan penilaian harta (untuk rumah sudah siap) dan/atau
• Jika anda bekerja sendiri, anda perlu melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, penyata bank untuk 3 bulan terakhir, penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh menyokong sumber pendapatan.

**Sesetengah bank mungkin memerlukan dokumen sokongan tambahan dari pembeli rumah.

FI DAN CAJ
Pembeli rumah perlu menjelaskan kos-kos berkaitan seperti fi perkhidmatan profesional dan caj yang dikenakan oleh Kerajaan. Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi dan caj.

----------------------------------------------

Duti Setem
• Perjanjian jual beli
1% ke atas RM100,000 pertama
0.5% untuk RM4,900,000 seterusnya
• Perjanjian pembiayaan
0.5% daripada jumlah pinjaman atau RM5 bagi setiap RM1,000
• Pindah hakmilik (untuk rumah sudah siap sahaja)
1% ke atas RM100,000 pertama
2% untuk RM400,000 seterusnya
Fi Pengeluaran Pembiayaan Perumahan

Termasuk fi untuk pendaftaran cagaran, caj untuk carian tanah dan fi untuk carian kebankrapan.

**Mungkin berbeza bagi negeri, pejabat tanah dan jenis harta yang berlainan.

Sebagai contoh, di Selangor and Wilayah Persekutuan, fi dan caj yang dikenakan berada dalam lingkungan RM300 hingga RM700.

----------------------------------------------

Fi Pemprosesan
Dikenakan sekali sahaja untuk tujuan memproses permohonan pinjaman anda
RM50 untuk jumlah pembiayaan sehingga 30,000
RM100 untuk jumlah Pembiaayan dari RM30,001 – 100,000
RM200 untuk jumlah Pembiaayan dari100,000 ke atas

Nota: Jenis caj dan jumlah caj yang dikenakan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Bertanya dengan pegawai bank untuk mendapatkan nasihat lanjut dan bawa perbincangan jika ada sebarang kemusykilan berhubung dengan jenis fi serta khidmat guaman.

Semak kiraan anggaran "Legal Fees and Stamp Duty" menggunakan kalkulator di sini: http://www.ebanklelong.com/p/legal-fees-stamp-duty.html

Semoga bermanfaat. LIKE SHARE TAGGED. Thanks!

----------------------------------------------
FNR Buy Sell Auction Property
https://www.facebook.com/fairealty